Wednesday, 24 February 2016

Razif dan Nenek Kebayan

As Salam Danish,

Rindu dekat Paksu tak? Paksu harap warkah ini akan menjadi peneman Danish di waktu kesunyian. Paksu sangat sayangkan Danish macam anak Paksu sendiri. Hari ini, Paksu akan bercerita mengenai suatu kisah yang akan menjadi pedoman kepada kita semua. Bacalah dengan baik, ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.

Pada suatu malam yang suram, terdapat sebuah rumah kecil di huni oleh seorang kanak-kanak. Dia tinggal seorang diri. Bunyi unggas, burung hantu, tiupan angin malam adalah perkara biasa buat dirinya. Suatu malam yang suram, bunyi sayup serigala di kaki gunung, tiba-tiba pintu rumahnya di ketuk perlahan ..

“Kukkk .. Kukkkk .. kukkkk ..” sayup terdengar suara serigala di kaki gunung

“Kukk .. Kukkk .. kukkk ..” pintu rumahnya di ketuk lagi

Oh ya .. Paksu terlupa untuk kenalkan kanak-kanak ini tadi. Namanya Razif, umurnya baru 5 tahun. Ibu bapanya sudah setahun lebih tidak pulang selepas mencari kayu api di hutan. Kawannya Cuma arnab, tikus, rusa, kijang, monyet, gajah, tupai yang selalu singgah di rumah Razif. Kawannya sangat baik, menjaga Razif sejak kecil. Makanan kegemaran Razif selalu dibawa sekiranya mereka ingin dating bermain dengan Razif.

Razif tidak pandai bercakap seperti manusia biasa. Razif kehilangan ibu bapanya sejak dia baru ingin belajar bercakap, namun naluri yang di kurniakan oleh Allah SWT kepada Razif tidak dimiliki oleh kanak-kanak lain. Razif memahami Bahasa yang digunakan oleh haiwan menyebabkan Razif sangat terkenal di hutan itu. Razif juga seorang yang baik dan selalu menunjukkan budi pekerti yang untuk di jadikan telah oleh haiwan-haiwan di dalam hutan. Sebab itulah, burung-burung lari berkeliaran meninggalkan manusia kerana malu dengan sikap baik Razif.

Cuba teka, burung apa yang tidak lari?

Kali ini pintu diketuk dengan kuat sekali.

“Kukkk .. kukkk .. kukkkk ..” bergegar rumah Razif yang sedia usang

Bertemankan seekor landak, Razif maju ke pintu untuk mengetahui siapakah gerangan di sebalik pintu itu.

“Krekkkkkk ..." pintu di buka perlahan. 

Terdapat seorang nenek berbengkok tiga, memegang tongkat dan sebiji buah epal yang merah. Nenek itu berpakaian lusuh. Mukanya kelihatan sangat baik persis nenek-nenek di kampung. Wangian bunga semerbak memenuhi ruang rumah Razif.  Suasana bertukar menjadi dingin dan tenang. Bulan mengembang penuh memenuhi kepekatan malam, gunung-ganang kelihatan seperti tompokan awam yang mempesonakan, air-air di tasik bercahaya dengan pancaran rembulan ayng sedang bersinar terang. 

Danish, orang tua pesan bahawa, jika bulan mengembang penuh, syaitan dan iblis juga berkeliaran mencari mangsa .. 

Disini, siapakah gerangan nenek itu?
Kenapa malam-malam bertandan ke rumah?
Kenapa membawa sebiji epal sahaja?
Datang dari mana haruman semerbak ini?

Terlalu banyak soalan yang terlintas di fikiran Razif. Landak yang Razif bawa bersama sebagai peneman tidur dalam dakapan. Tiba-tiba, mata nenek itu terbuka. Dia memandang Razif atas dan bawah, senyuman nenek itu sinis sekali.

"Budak malang, .. malam ini engkau akan menjadi makanan aku. Hahaha .. " ketawa nenek itu yang sangat mengerikan memenuhi kepekatan malam. Mata nenek itu bertukar menjadi warna merah. Razif menjerit sekuat hati ..

"AAaaaaaaaa ..... "

Razif dan landaknya cuba menutup pintu tetapi di halang oleh tongkat nenek tersebut menyebabkan Razif dan landak terpelanting ke dalam rumah. Nenek tersebut mara ke dalam rumah Razif sambil menggigit epal yang di pegangnya.

"Krukkkk ... " bunyi epal digigit kuat

Razif memandag mulut nenek tersebut. Nampak kepekatan darah yang mengalir dari bibir nenek itu. Razif sangat takut sekali. Nenek terus mara ke hadapan untuk menangkap Razif.

Landak yang bersama dengan Razif marah dengan tiba-tiba ..

"GGggrrrrrrr ... " bunyi landak tersebut sambil menunjukkan duri yang tajam

Nenek terpaku seketika melihat gelagat landak yang berada di sisi Razif. 

"Bagaimana seekor landak boleh bersifat seperti anjing?" Fikirnya sejenak.  Razif yang melihat nenek tersebut terpaku terus mendapat satu idea ..

Danish rasa apakah idea Razif?

Razif terus bangun dan berdiri dengan penuh keyakinan. Kemudian menjerit ...

"Cccceeeeeee .. uuuu .. Ceeeee .. Ccoooooooo ... " 

Kemudian keluar berduyun-duyun segerombolan landak dari dalam rumah dan berkumpul di sekeliling Razif serentak. Rupa-rupanya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun Razif tidak boleh bercakap tetapi Razif sangat memahami bahasa binatang dan boleh bertutur dalam bahasa tersebut.

Keadaan sekarang sudah berubah dan memihak kepada Razif. Nenek yang melihat kejadian di hadapan mata tergamam seketika. Nampaknya niatnya untuk mendapatkan Razif bukanlah suatu perkara yang mudah. Nenek kemudian bersahaja dan senyum sinis pada Razif

"Heehhhhhh .... " sambil menunjukkan giginya yang kuning

Razif merasa kurang yakin dengan keadaan yang menimpa walaupun landak-landak berada di sekelilingnya. Kemudian, Razif berbicara lagi ..

"CCeee ... uuuuuu ... Ceeeeee ... ngap!" 

Tetiba wajah Razif berubah bengis. Landak-landak yang berada di sekelilingnya membelakangi nenek sambil menunjukkan duri-duri yang tajam. Landak-landak tadi kemudiannya menggetarkan badan menyebabkan duri-duri kelihatan lebih keras dan menakutkan.

Nampaknya keadaannya lebih memihak kepada Razif. Nenek yang melihat kejadian yang berlaku merasa sangat gusar kerana duri-duri pada badan landak boleh dilepaskan bila-bila masa sahaja.

Angin malam bertiup kencang menyebabkan beberapa helai daun masuk ke dalam rumah. Kedengaran bunyi daun-daun bertebaran di tiup angin di ikuti ranting-ranting pokok yang tua jatuh berguguran.

Nampaknya peperangan antara Razif dan nenek sebenarnya baru bermula. Bunyi ranting-ranting pokok di luar rumah semakin kuat. Razif merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.





BAB 2 : RUMAH BERGOYANG

Malam itu bulan mengembang penuh, sepasang taring sedang bertarung merebut makanan yang terdampar di  tepi tasik. Anak serigala yang comel juga bersama-sama mengikut jejak ayah, ibu, adik beradik untuk menikmati makan malam yang terhidang di tepi tasik. Bangkai beruang menjadi santapan yang telah di bunuh oleh pemburu di kaki gunung, rasanya masih segar dan arah merecik di sekitar. Mereka semua menikmati makan malam dengan rakus sekali kerana bukan senang untuk mendapatkan daging kecuali bintang-binatang kecil seperti tikus, unggas, cacing dan sebagainya yang boleh dijadikan hidangan makan malam. 

Ramai kawan-kawan yang tidak pulang untuk mendapatkan makan malam di kampung yang di huni oleh manusia. Katanya ayam-ayam yang di ternak oleh manusia itu sedap, baunya harum tetapi biasanya yang pergi itu tidak mendatang.

Jadi mereka tidak begitu bersaing untuk mendapatkan makanan kerana kelompok mereka kecil dan mencukupi. 

Tertiba nenek tersenyum sinis sekali lagi, tongkatnya di angkat dan di ketuk ke tanah sebanyak dua kali. Bunyi angin yang kuat terus menerpa masuk ke dalam rumah. Bunyi lantai rumah terkopak kuat.

"Prappp ... prappp ... " kelihatan ada sesuatu yang menyambar nenek itu, membelitnya dan membawanya keluar. Semuanya berlaku dengan pantas

Razif dan landak-landaknya merasakan ledakan tersebut, ada yang terjatuh dan ada yang terus tercampak jauh. Banyak barang-barang 


** bersambung





No comments:

Post a Comment